Siti Khadijah tidak bersedih, minta peminat henti ‘delulu’

Entertainment
13 Nov 2026 • 11:23 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Siti Khadijah tidak bersedih, minta peminat henti ‘delulu’

PETALING JAYA – Pelakon Siti Khadijah Halim menafikan dakwaan segelintir pihak menganggap dirinya dalam fasa bersedih yang difahamkan berkaitan kontroversi melibatkan aktor, Amir Ahnaf sebelum ini.

Tampil bersuara untuk terakhir kali, Siti Khadijah atau nama lengkapnya Siti Khadijah Abdul Halim, 28, meminta peminat menghentikan angan-angan mengaitkannya dengan mana-mana individu.

Ini pertama dan terakhir okey. Siti harap sangat kalian hentikan ‘delulu’ ini, tiada siapa yang sedih.

“Ini memang diri saya dan tiada siapa yang merindui sesiapa.

“Cuma rindu Jepun sahaja. Jadi tolong hentikan, saya sangat letih,” katanya.

Dia berkata demikian dengan memberi respons terhadap persoalan tersebut menerusi sesi soal jawab dalam InstaStory selepas seorang pengikut bertanya mengenai keadaan dirinya ketika ini.

Menerusi hantaran berasingan, bintang drama Sekali Lagi Cinta Kembali itu turut berkongsi tentang rutin dan perancangan kehidupannya ketika ini yang banyak memberi fokus terhadap kebahagiaan diri sendiri.

Menurutnya, dia mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya dan menjaga kehidupan peribadinya sahaja

“Kerja, buat rumah, tunaikan umrah, sertai maraton, mengembara secara solo dan menjaga hal sendiri sahaja,” ujarnya.

Terdahulu, namanya sering menjadi bualan hangat netizen dalam media sosial selepas dia didakwa menjalin hubungan cinta dengan pelakon, Amir susulan keserasian mereka ketika bergandingan bersama untuk drama Sekam Dalam Cinta.

Namun, hubungan mereka dikatakan semakin renggang susulan beberapa kontroversi dilalui Amir termasuk komen didakwa berbaur lucah terhadap seorang wanita. – KOSMO! ONLINE

The post Siti Khadijah tidak bersedih, minta peminat henti ‘delulu’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved