Selepas lebih tiga dekad mewarnai industri muzik tanah air, Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal mencipta satu lagi sejarah menerusi penganjuran Konsert Tradisional Gema Bumantara yang akan berlangsung di Stadium Nasional Unifi, Bukit Jalil pada 17 Oktober ini.
Konsert berskala stadium itu menjadi persembahan pertama seumpamanya yang menampilkan muzik tradisional dan warisan Nusantara dalam skala besar.

Lebih menarik, konsert berkenaan turut menyaksikan penyatuan semula Siti Nurhaliza, 47, bersama Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris, 58.
Kolaborasi ini merupakan penampilan pertama mereka di pentas berskala besar selepas bergabung menerusi album Seri Balas yang diterbitkan pada tahun 1999.
View this post on Instagram
Kedua-dua figura seni itu sememangnya cukup sinonim dalam memartabatkan lagu irama tradisional dan etnik kreatif, termasuk menerusi lagu popular Hati Kama.
Turut tampilkan artis Malaysia dan Indonesia
Selain Noraniza Idris, Siti turut mengundang beberapa artis lain bagi memeriahkan konsert tersebut.
Antara yang bakal membuat persembahan ialah penyanyi Haziq, selain dua bintang popular Indonesia iaitu Lesti Kejora dan King Nassar.
Konsert Tradisional Gema Bumantara dijangka menjadi antara acara muzik terbesar tahun ini dengan menghimpunkan elemen budaya, muzik tradisional serta warisan Nusantara dalam satu persembahan istimewa di hadapan ribuan peminat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Saya Bukan Lari Tanggungjawab, Cuma Memang Susah" – Pelakon Lelaki Akui Belum Bayar Tunggakan Sewa Rumah RM7,000
The post Siti Nurhaliza Dan Noraniza Idris ‘Bergabung’, Bakal Gegar SBJ Dengan Konsert Tradisional Gema Bumantara first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

![[VIDEO] ‘Saya cakap, konsert ini memang kena ada Noraniza Idris’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/photo-output-9-1024x577.jpeg)




