[VIDEO] ‘Saya cakap, konsert ini memang kena ada Noraniza Idris’

LocalEntertainment
5 Aug 2026 • 11:25 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Saya cakap, konsert ini memang kena ada Noraniza Idris’

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak dapat menahan sebak apabila bakal kembali berduet dengan penyanyi, Noraniza Idris di pentas Konsert Tradisional Gema Bumantara pada 17 Oktober nanti.

Siti, 47, berkata, pembabitan Noraniza dalam konsert tersebut adalah kehendaknya sendiri.

“Saya memang cakap dengan Kak Zie (pengurus) bahawa konsert ini perlu ada dan jemput Noraniza Idris.

“Rasa gembira dan maaf saya sebak kerana tidak tahu bila lagi boleh buat konsert tradisional terbesar seperti ini.

“Saya ingin mereka yang hebat ini terutama pejuang irama tradisional ada bersama-sama. Maaf, sebab itu saya beremosi,” katanya sebak dalam nada sebak pada sidang akhbar dan pelancaran berkenaan di sini, hari ini.

Sementara itu, Noraniza atau mesra di sapa sebagai Kak Ani mengakui gementar untuk kembali berduet dengan Siti mendendangkan lagu Hati Kama.

“Ya Allah, saya sebenarnya seram nak menyanyi dengan Siti Nurhaliza.

“Sebab sudah 25 tahun kami tidak menyanyikan lagu Hati Kama secara duet, apatah lagi dalam sebuah konsert besar dengan format orkestra, saya sangat takut.

“Saya rasa sangat kecil di sisi Siti Nurhaliza,” ujarnya.

Terdahulu, lagu Hati Kama dimuatkan dalam album Seri Balas pada tahun 1999.

Gema Bumantara yang bakal berlangsung di TM Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur akan dimeriahkan dengan persembahan Haziq Rosebi serta dua bintang Indonesia, King Nassar dan Lesti Kejora. – KOSMO! ONLINE

View this post on Instagram

The post [VIDEO] ‘Saya cakap, konsert ini memang kena ada Noraniza Idris’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved