Siti Nurhaliza kemalangan di MEX, alami lebam & bengkak kaki

LocalEntertainment
16 Apr 2026 • 5:18 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
Foto: Threads, Instagram @ctdk

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terlibat dalam kemalangan jalan raya yang membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 14.2 Lebuh Raya Maju (MEX).

Menurut kenyataan pengurusnya, Rozi Abdul Razak, Siti Nurhaliza yang dalam perjalanan pulang selepas mengadakan persembahan di Sepang. 

"Kami menaiki dua buah kereta baharu selesai mengadakan persembahan di RedQ AirAsia Sepang dan sewaktu melalui lebuhraya MEX (KM14.2), berlaku kemalangan. 

"Kemalangan melibatkan empat buah kereta terlibat termasuk kereta yang dinaiki Siti Nurhaliza dan kereta dinaiki saya serta pembantu, @cteafairuz berada berjarak beberapa kereta di belakang. 

"Kami membawa Siti keluar dari kereta yang kemalangan dan masuk ke dalam kereta kami. 

"Siti telah ke hospital, mengalami lebam / bengkak bahagian kaki. Alhamdulillah, segalanya selamat dan terima kasih di atas doa semua," titipnya.

Terdahulu, tular di laman media sosial foto memaparkan penyanyi nombor satu itu berada di tepi lebuh raya dalam keadaan cemas.

Manakala, menerusi hantaran Insta Story, beliau sempat memuat naik status pendek 'Alhamdulillah.'

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved