Siti Nurhaliza Syukur Terima Gelaran Biduanita Negara, Tiada Dalam Impian - “Bila Niat Kita Ikhlas Perkara Yang Bagus Akan….”

14 Nov 2024 • 8:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyatakan tidak pernah terlintas dek fikirannya untuk mengimpikan mendapat Anugerah Biduan Negara.

Menurut penyanyi nombor satu negara itu, beliau percaya apabila seseorang itu mempunyai niat yang ikhlas pasti perkara-perkara baik akan datang kepadanya.

Pada masa sama,pemilik nama Siti Nurhaliza Tarudin,45 juga menzahirkan rasa syukurnya dengan rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah Swt.


“Saya menyanyi sebab saya cintakan bidang seni kerana bakat yang Allah bagi.

“Saya menyanyi nak gembirakan dan hiburkan orang, menyanyi juga memberikan saya peluang untuk berjumpa dengan ramai orang yang berbeza latar belakang.

“Tidak pernah terlintas pada suatu hari nanti saya akan jadi Biduanita, tiada.

“Bila kita nyanyi dengan iklhas dan niat untuk menghiburkan orang, perkara-perkara lain yang bagus akan datang dengan sendiri. Ini rezeki yang dikurniakan oleh Allah dan saya sangat bersyukur rendah diri tapi dia datang dengan tanggungjawab,” katanya kepada Gempak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved