Dua Lelaki Ditahan Kes Rogol Gadis Orang Asli

15 Dec 2024 • 4:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial di Pekan Ringlet, Cameron Highlands, Pahang.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Supt Azri Ramli berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 33 tahun itu ditahan kira-kira 3.20 pagi semalam selepas mangsa membuat laporan polis pada Jumaat lepas, pukul 3.47 pagi.

“Siasatan awal polis mendapati mangsa telah berkenalan dengan suspek di ‘Aps Dating’ dan telah dibawa suspek dengan menaiki kenderaan Proton Wira untuk 'berjalan-jalan' dan mangsa kemudian telah dibawa ke Kedah," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata mangsa yang dirogol di dalam kereta ditinggalkan di sebuah lorong dan telah diselamatkan oleh orang awam sebelum dibawa ke balai polis.

"Mangsa juga telah dirujuk ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan lanjut," jelasnya.

Kedua-dua suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau direman tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


"Pihak polis memandang serius kejadian ini dan menyeru orang ramai agar tidak mengambil sebarang tindakan menyalahi undang-undang serta tidak menimbulkan sebarang spekulasi mengenai insiden tersebut,” ucapnya.

Sumber: Astro Awani menerusi BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved