Situasi Hakim Danish Di Moto3 Musim 2026

7 Nov 2025 • 8:16 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

Hakim Danish baru-baru ini telah diumumkan sebagai pelumba sepenuh masa dalam kategori Moto3 bagi musim 2026 sekaligus menamatkan penantian dua tahun tanpa wakil Malaysia di pentas dunia.

Pelumba muda kelahiran Terengganu itu akan berlumba di bawah panji pasukan MT Helmets MSI, sebuah pasukan kompetitif yang terkenal dengan keupayaannya meraih podium secara konsisten dalam kalendar kejuaraan dunia.

Menurut Zulfahmi Khairuddin, langkah Danish ke Moto3 mempunyai perbezaan ketara berbanding penyertaan Damok pada musim 2023. Kali ini, tempat Danish bukan hasil dana yang ‘membeli’ ruang di pasukan sebaliknya MT Helmets MSI sendiri yang menawarkan kontrak penuh kepada Danish iaitu lengkap dengan gaji serta bonus, sama seperti pelumba elit lain dalam kejohanan tersebut.

Ini membuktikan bahawa bakat Hakim Danish diiktiraf dan dihargai oleh dunia. Satu penghormatan buat beliau dan satu kebanggaan buat seluruh peminat sukan dua roda tanah air.

Teruskan bersama Two Wheels…!!!

#TwoWheels #TWmedia #TW #MGPM 
#HD13 #Moto3

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved