
Presiden Majlis Kuil-Kuil Hindu dan Persatuan-Persatuan Agama Hindu Malaysia (Mahima), Datuk N Sivakumar menasihatkan semua pihak agar tidak mempolitikkan kes melibatkan seorang penuntut universiti yang didakwa menghina Al-Quran.
Menurutnya, kes berkenaan kini berada dalam proses perundangan dan semua pihak wajar memberi ruang kepada mahkamah untuk menentukan keputusan tanpa dipengaruhi sentimen agama atau politik.
Sivakumar turut mempersoalkan dakwaan bahawa pelajar terbabit sebenarnya telah memeluk Islam sejak April tahun lalu, namun perkara itu hanya didedahkan selepas beberapa hari isu tersebut menjadi tular.
Katanya, kelewatan pendedahan maklumat itu boleh membentuk persepsi awam yang salah sehingga mencetuskan pertelingkahan antara masyarakat berlainan agama.
Baca juga:
Lelaki dipenjara 22 bulan, sepak dan campak anak kucing hingga mati
‘Saya mohon maaf, tiada niat menghina Islam’ – Mami Naufal
Bayi menangis, wanita dakwa ditumbuk dan diliwat rakan lelaki dalam bilik sewa
“Persoalannya, apakah motif mendiamkan perkara tersebut pada peringkat awal sehingga persepsi awam terbentuk dengan naratif yang boleh mengeruhkan keadaan? Ramai bergaduh sesama sendiri berikutan insiden ini hingga tuding-menuding agama dan kepercayaan,” katanya.
Beliau berkata, jika benar perkara tersebut sudah diketahui lebih awal tetapi tidak diperjelaskan kepada umum, tindakan sedemikian boleh disifatkan sebagai berisiko menjejaskan perpaduan rakyat Malaysia.
Dalam masa sama, Sivakumar menegaskan bahawa agama individu terbabit bukanlah ukuran utama dalam menentukan salah atau benar sesuatu perbuatan.
“Jika dia bersalah, maka dia perlu dihukum menurut undang-undang tanpa mengira agama, bangsa atau kecenderungan politik. Prinsip keadilan mesti ditegakkan secara adil dan saksama,” katanya.
Sumber: Malaysia Gazette
The post Sivakumar nasihat semua pihak jangan politikkan kes hina Al-Quran appeared first on The Reporter.
