Kes Tatatertib Pelajar Didakwa Cemar Al-Quran Diputuskan Minggu Depan - UMPSA

LocalPolitics
4 Mar 2026 • 10:28 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kes Tatatertib Pelajar Didakwa Cemar Al-Quran Diputuskan Minggu Depan - UMPSA

KUANTAN, 4 Mac (Bernama) -- Kes tatatertib yang dijalankan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terhadap pelajar didakwa mencemar al-Quran akan diputuskan pada minggu depan.

Naib Canselor UMPSA Prof Dr Yatimah Alias berkata keputusan itu akan dimaklumkan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi.

“Proses tatatertib dijalankan mengikut Kaedah 58 Kaedah-Kaedah Universiti dan Kolej Universiti (UMPSA) (Tatatertib pelajar) 2024 yang boleh dihukum sehingga dibuang daripada universiti, jika sabit kesalahan,” katanya.

Baca juga:

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Kolaborasi UMPSA Bersama Media dan Majlis Berbuka Puasa di sini hari ini.

Semalam, penuntut berkenaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mencemarkan al-Quran dan melakukan hantaran komunikasi jelik melampau di media sosial bulan lepas.

Bagaimanapun, pelajar berusia 21 tahun itu mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan terbabit.