Skandal rasuah ADUN Sabah: Sekurang-kurangnya dua individu akan didakwa - Azam

LocalPolitics
12 Jun 2025 • 3:42 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

BANGI: Sekurang-kurangnya dua individu akan didakwa di mahkamah berhubung kes rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata tindakan pendakwaan akan dilakukan dalam masa terdekat berkaitan skandal rasuah berprofil tinggi melibatkan klip video didakwa menunjukkan perbualan beberapa individu berkaitan rasuah.

"Saya akan umum dalam masa terdekat, ada seorang atau dua (individu) dituduh di mahkamah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Program Penguatkuasaan Undang-undang Bertauliah Kali Ke-2 Tahun 2025 anjuran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), di sini hari ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Tular beberapa rakaman video didakwa menunjukkan perbualan berkaitan rasuah antara individu tertentu dan beberapa wakil rakyat Sabah berkaitan isu pelesenan mineral di negeri itu.

Pada 6 Jun lepas, SPRM dilaporkan sudah melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan yang telah dihantar ke Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

SPRM sebelum ini memaklumkan telah membuka kertas siasatan berhubung perkara itu dan menjalankan siasatan secara menyeluruh termasuk analisis forensik digital terhadap video dan bahan bukti berkaitan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved