Skim Khairat Kematian (SKK) 2026 – Tarikh, Jumlah & Cara Tuntutan

LocalPersonal Finance
27 Aug 2026 • 4:02 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Pemohon dan pasangan warganegara yang meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2026, dengan permohonan STR 2026 yang lulus bagi Fasa 1, 2 atau 3, boleh menerima RM1,000 bagi setiap individu yang layak.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tenang skim ini untuk makluman bersama.

Image from: Skim Khairat Kematian (SKK) 2026 – Tarikh, Jumlah & Cara Tuntutan

Apakah Skim Khairat Kematian BKM?

Skim Khairat Kematian (SKK) merupakan salah satu skim bantuan kewangan tunai di bawah inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

SKK bertujuan membantu meringankan beban waris sekiranya berlaku kematian pemohon atau pasangan pada tahun 2026, sebagai sokongan kewangan awal ketika saat memerlukan

Melalui skim ini, jumlah bantuan sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada pemohon, pasangan, atau waris yang layak.

Syarat Kelayakan

SKK layak dituntut oleh Pemohon / Pasangan / waris sekiranya Permohonan STR 2026 berstatus Lulus kategori:

  • Isi Rumah
  • Warga Emas Tiada Pasangan
  • Terhad bagi pemohon atau pasangan warganegara meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026.

Tarikh Tuntutan

Tarikh tuntutan yang boleh dibuat bagi kematian bertarikh 01 Januari 2026 – 31 Disember 2026 adalah seperti berikut:

Fasa KelulusanTarikh Tuntutan
Permohonan Baharu yang lulus mulai Fasa 1Bermula 01 Februari 2026
Permohonan Baharu dan Rayuan yang lulus mulai Fasa 2Bermula 07 April 2026
Permohonan Baharu dan Rayuan yang lulus mulai Fasa 3Bermula 16 Ogos 2026 (tertakluk hari berkerja setiap negeri)
Permohonan Baharu dan Rayuan yang lulus mulai Fasa 4Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa

Wakil Yang Boleh Membuat Tuntutan

Keutamaan tuntutan SKK STR 2026 adalah kepada Pemohon / Pasangan.

Turutan keutamaan layak tuntut SKK adalah seperti berikut:

  • Pemohon sekiranya pasangan warganegara meninggal dunia
  • Pasangan yang didaftarkan oleh pemohon di Bahagian B (Maklumat Pasangan) Borang Permohonan STR 2026 sekiranya pemohon meninggal dunia; atau
  • Waris yang didaftarkan oleh pemohon di Bahagian D (Maklumat Waris) pada Borang BK-01 (Borang Permohonan STR 2026) dan mestilah terdiri daripada hubungan sekiranya kedua-dua pemohon dan pasangan penerima STR 2026 meninggal dunia.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang perlu dibawa oleh waris yang didaftarkan adalah:

  • Sijil Kematian Pemohon / Pasangan.
  • Kad Pengenalan asal Waris.
  • Dokumen pembuktian sekiranya Pemohon / Pasangan tidak dapat hadir ke Cawangan BSN

Kaedah Tuntutan

Secara Tunai di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.

Soalan Lazim

Siapakah yang layak menerima Skim Khairat Kematian (SKK)?

SKK layak dituntut oleh Pemohon / Pasangan / waris sekiranya Permohonan STR 2026 berstatus Lulus kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan dan terhad bagi pemohon atau pasangan warganegara meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026.

Siapakah waris yang dibenarkan atau layak untuk membuat tuntutan SKK?

Keutamaan tuntutan SKK STR 2026 adalah kepada Pemohon / Pasangan. Turutan keutamaan layak tuntut SKK adalah seperti
– Pemohon sekiranya pasangan warganegara meninggal dunia
– Pasangan yang didaftarkan oleh pemohon di Bahagian B (Maklumat Pasangan) Borang Permohonan STR 2026 sekiranya pemohon meninggal dunia
– Waris yang didaftarkan oleh pemohon di Bahagian D (Maklumat Waris) pada Borang BK-01 (Borang Permohonan STR 2026) dan mestilah terdiri daripada hubungan sekiranya kedua-dua pemohon dan pasangan penerima STR 2026 meninggal dunia.

Berapakah jumlah SKK yang akan diterima?

Jumlah SKK yang akan diterima oleh Pemohon / Pasangan / waris sebanyak RM1,000 bagi setiap individu yang layak.

Permohonan STR berstatus Lulus, walau bagaimanapun Pemohon / Pasangan telah meninggal dunia di luar negara dan telah mendaftar kematian di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Adakah Pemohon / Pasangan layak SKK?

Ya. Sekiranya Permohonan STR berstatus Lulus dan telah mendaftar kematian di JPN, Pemohon / Pasangan layak SKK. Tuntutan SKK boleh dibuat oleh waris (Rujuk soalan 5) dengan hadir ke mana-mana cawangan BSN berserta dengan dokumen yang diperlukan.

Suami saya Lulus Permohonan STR dan telah meninggal dunia. Maklumat beliau wujud sebagai pasangan di permohonan lain (poligami) yang berstatus Lulus Permohonan STR. Adakah saya dan isteri-isteri yang lain layak menuntut SKK suami?

Ya. Semua isteri layak untuk menuntut SKK bagi suami yang telah meninggal dunia dengan status poligami.

Saya sebagai waris yang berdaftar telah membuat tuntutan SKK bagi pemohon / pasangan yang telah meninggal dunia. Adakah saya layak menerima baki amaun kelulusan STR 2026 yang belum dituntut?

Ya, anda sebagai waris yang didaftarkan layak untuk menerima baki amaun kelulusan STR 2026 yang belum dituntut bagi pemohon / pasangan yang telah meninggal dunia.

Sekiranya saya telah membuat tuntutan SKK, bagaimanakah kaedah pembayaran bagi baki amaun kelulusan STR 2026?

Baki amaun kelulusan STR 2026 hanya terhad kepada penerima STR kategori Isi Rumah. Kaedah pembayaran adalah tertakluk kepada penerima bayaran STR 2026 di mana sekiranya kematian berlaku ke atas pemohon / pasangan dan pembayaran STR 2026 adalah secara kredit ke akaun, maka tuntutan fasa seterusnya oleh waris adalah secara tunai. Tarikh fasa pembayaran boleh disemak dari semasa ke semasa melalui Portal Rasmi STR 2026.

Permohonan STR saya berstatus Lulus kategori Kahwin pada Fasa 1. Saya telah bercerai pada Januari 2026 dan saya telah berkahwin baharu pada April 2026. Saya juga telah mengemas kini permohonan STR saya dengan status perkahwinan terkini pada April 2026. Sekiranya Pasangan lama saya telah meninggal dunia, adakah saya masih layak menuntut bayaran SKK pasangan yang telah meninggal dunia tersebut?

Anda tidak layak menuntut bayaran SKK Pasangan yang telah bercerai. Kelayakan SKK Pasangan lama tersebut hanya layak dituntut oleh waris berdaftar dalam permohonan baharu STR 2026 sekiranya permohonan tersebut lulus dalam kategori Isi Rumah atau Warga Emas Tiada Pasangan.

FAQ SKIM KHAIRAT KEMATIAN (SKK) STR 2026Download

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai SKK, sila layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Baca juga: STR Fasa 3: Bayaran Mulai 15 Ogos 2026

    Newswav Malaysia Best News App

    Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

    Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved