MBSB catat prestasi kukuh, isytihar dividen 0.86 sen sesaham

LocalBusiness & Finance
27 Aug 2026 • 8:36 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: MBSB catat prestasi kukuh, isytihar dividen 0.86 sen sesaham

PETALING JAYA: MBSB Berhad (MBSB) mengisytiharkan dividen sebanyak 0.86 sen sesaham bagi suku kedua 2026, sekali gus menegaskan komitmennya untuk memberikan pulangan yang konsisten dan mampan kepada pemegang saham.

MBSB berkata, Keuntungan sebelum cukai (PBT) bank itu meningkat kepada RM61.4 juta berbanding RM40.8 juta pada suku sebelumnya, disokong oleh pertumbuhan pendapatan berasaskan pembiayaan dan bukan pembiayaan serta caj kemerosotan nilai yang lebih rendah.

Katanya, kumpulan mencatatkan prestasi lebih kukuh pada suku berkenaan, dengan pertumbuhan merentasi pendapatan berasaskan pembiayaan bersih, pendapatan bukan pembiayaan dan PBT.

“Prestasi ini turut disokong pengembangan berterusan dalam pembiayaan serta deposit Akaun Semasa dan Akaun Simpanan (CASA).

“Pendapatan berasaskan pembiayaan bersih meningkat 4.4 peratus suku ke suku kepada RM272.5 juta berbanding RM261.1 juta pada suku pertama 2026, didorong pengembangan asas pembiayaan kumpulan, manakala margin keuntungan bersih kekal stabil.

“Pendapatan bukan pembiayaan pula meningkat 9.3 peratus kepada RM79.8 juta daripada RM73 juta, sekali gus meningkatkan pendapatan bersih kepada RM352.3 juta berbanding RM334.1 juta pada suku sebelumnya,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, nisbah CASA meningkat kepada 16.8 peratus setakat Jun 2026 berbanding 13.7 peratus pada akhir suku pertama, didorong pertumbuhan deposit yang diterajui segmen Perbankan Korporat dan Komersial.

“Pembiayaan kasar pula berkembang kepada RM46.9 bilion daripada RM42.9 bilion setahun sebelumnya, diterajui segmen Perbankan Korporat.

“Deposit pelanggan turut meningkat kepada RM41.9 bilion berbanding RM37.3 bilion, manakala baki CASA bertambah RM3.6 bilion.

Peningkatan komposisi deposit itu “melonjakkan nisbah CASA kepada 16.8 peratus daripada 10 peratus, sekali gus mengurangkan kos dana Kumpulan sebanyak 32 mata asas kepada 3.4 peratus.

“Kedudukan modal kumpulan selepas mengambil kira pembayaran dividen kekal kukuh dengan Nisbah Modal Ekuiti Biasa Tahap 1 (CET1)/Modal Tahap 1 pada 17.3 peratus dan Nisbah Jumlah Modal pada 19.7 peratus,” ujarnya.

Tambahnya, kedudukan berkenaan menyediakan ruang modal yang mencukupi untuk menyokong aktiviti perniagaan dan inisiatif pertumbuhan berterusan.

“Sementara itu, Nisbah Perlindungan Kecairan kekal pada paras kukuh 133.6 peratus, melebihi keperluan kawal selia minimum sebanyak 100 peratus,” katanya. – UTUSAN

The post MBSB catat prestasi kukuh, isytihar dividen 0.86 sen sesaham appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved