
Skim Time of Use (ToU): Maksud, Syarat & Cara Mohon
Seperti yang semua tahu, bermula 1 Julai 2025, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah melaksanakan jadual tarif elektrik baharu, selepas diluluskan oleh kerajaan.
Penetapan tarif ini bertujuan untuk memberikan lebih 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung menikmati kadar elektrik yang lebih adil dan progresif, berkuat kuasa mulai 1 Julai, 2025 hingga 31 Disember, 2027.
Dalam pelaksanaan ini, Skim Time of Use (ToU) menjadi antara topik hangat yang diperkatakan dan masih ramai yang belum memahami sepenuhnya tentangnya.
Jadi, SK akan kongsikan tentang topik menarik ini di bawah.
Apa Itu Skim Time of Use (ToU)?
ToU merupakan skim yang memperkasakan pengguna untuk mengawal bil dan penggunaan elektrik bagi menikmati kadar lebih rendah semasa waktu luar puncak.
Di mana skim ToU ini memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk menguruskan penggunaan elektrik harian dengan lebih efisien. Perkara ini membolehkan pengguna menikmati kadar tarif berbeza pada waktu berbeza sepanjang hari.
Sebelum ini, Skim ToU ditawarkan kepada pelanggan Bukan Domestik Voltan Sederhana dan Voltan Tinggi.
Mulai 1 Julai 2025, skim ToU turut tersedia sebagai pilihan kepada pelanggan Domestik dan Bukan Domestik Voltan Rendah yang telah mempunyai pepasangan Meter Pintar dan meter yang beroperasi dengan Alat Ubah Arus atau Remote Meter Reading (RMR)
Kadar Tarif Elektrik Terbahagi Kepada Dua Zon Waktu
Menurut laman rasmi TNB, kadar penggunaan elektrik yang dikenakan pada waktu puncak adalah 28.52 sen/kWj. Manakala penggunaan elektrik pada luar waktu puncak adalah 24.43 sen/kWj.


Dalam bahasa yang mudah, pengguna boleh merancang untuk melakukan aktiviti yang menggunakan peralatan elektrik seperti mencuci, pakaian, memasak dan lain-lain di luar waktu puncak untuk kadar bil yang lebih rendah.
Secara tidak langsung, pengguna dapat menjimatkan penggunaan bil elektrik yang perlu di bayar pada bulan berkenaan.

Syarat & Cara Mohon Skim ToU
Untuk makluman, skim ini perlu dilanggan terlebih dahulu kerana ia merupakan skim pilihan (optional) dan tidak akan diaktifkan secara automatik.
Oleh itu, pengguna perlu memenuhi syarat seperti berikut terlebih dahulu;
- Pelanggan TNB yang berdaftar
- Premis anda telah dipasang dengan Smart Meter atau meter Current Transformer (CT)/Remote Meter Reading (RMR)
- Memilih cara penerimaan bil secara digital melalui Aplikasi myTNB
- Pelanggan Domestik dan Voltan Rendah Bukan Domestik boleh memohon skim ToU melalui portal myTNB bermula 1 Julai 2025
Walau bagaimanapun, pelanggan sedia ada di bawah Tarif ToU C2, E2, F2, H2, C4, & E3, peralihan ke skim ToU baharu akan dilakukan secara automatik.
Untuk info lanjut mengenai pelaksaan baharu TNB ini, anda boleh merujuk di laman web www.mytnb.com.my/tariff atau hubungi TNB Careline: 1-300-88-5454 atau e-mel ke tnbcareline@tnb.com.my
BACA: Jadual Elektrik Baharu: Lebih 23.6 juta Pengguna Domestik Semenanjung Nikmati Kadar Lebih Adil
The post Skim Time of Use (ToU): Maksud, Syarat & Cara Mohon appeared first on Siakap Keli.

