SKMM Akan Bertemu Penyedia Platform Media Sosial Bagi Membincangkan Pelaksanaan eKYC

LocalTechnology
28 Oct 2025 • 7:54 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengadakan pertemuan strategik dengan penyedia platform media sosial utama pada minggu hadapan bagi membincangkan pelaksanaan proses eKYC (electronic Know Your Customer) yang bertujuan mengukuhkan keselamatan pengguna dalam talian.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Pertemuan tersebut dijadual berlangsung di Singapura dan akan melibatkan penyertaan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, serta wakil daripada syarikat teknologi global termasuk Meta, Google, X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter) dan TikTok.

Pelaksanaan proses eKYC ini dilaksanakan bagi tujuan mengukuhkan keselamatan pengguna secara atas talian, terutamanya golongan bawah umur 16 tahun. Proses ini melibatkan penggunaan dokumen pengenalan rasmi seperti MyKad, pasport dan MyDigital ID bagi memastikan pengesahan identiti dilakukan secara selamat.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Oleh itu, langkah ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk menangani isu kemudaratan digital termasuk ancaman pemangsa seksual dalam talian. SKMM menegaskan bahawa pelaksanaan eKYC akan mematuhi sepenuhnya Akta Perlindungan Data Peribadi bagi memastikan keselamatan maklumat pengguna sentiasa terpelihara.