Intel dijangka akan memperkenalkan siri cip pemprosesan generasi ke-13 mereka, Intel Raptor Lake tidak lama lagi, dan terkini ia nampaknya bahawa sejumlah cip pemprosesan terbaru mereka sedang diuji di makmal sekarang.
Terkini, skor penanda-aras Geekbench untuk cip pemprosesan Intel Core i5-13600K telah tertiris di arena web. Cip pemprosesan ini hadir dengan 14 teras fizikal dan 20 bebenang kuasa dan mempunyai kelajuan sekitar 5GHz secara minima.
Oleh kerana ini ialah sebuah cip pemprosesan siri-K yang boleh dilewahjam, ia tidak mengejutkan bahawa cip pemprosesan ini dilihat boleh mendapatkan kelajuan sedemikian sekiranya menggunakan kipas penyejukan yang bersesuaian.
[GB5 CPU] Unknown CPU
CPU: Intel Core i5-13600K (14C 20T)
Min/Max/Avg: 5048/5094/5074 MHz
Codename: Raptor Lake
CPUID: B0671 (GenuineIntel)
Scores, vs AMD 5800X
Single: 2012, +16.4%
Multi: 16054, +49.4%https://t.co/dVSBFO0dMT
Apa yang menarik disini ialah skor penanda-aras yang diperlihatkan untuk kedua-dua skor satu bebenang (2012) dan multi-bebenang (16,054) yang mana kedua-duanya menewaskan cip pemprosesan AMD Ryzen 7 5800X, salah satu daripada cip pemprosesan AMD yang cukup berkuasa apabila ia dilancarkan sekitar dua tahun yang lalu.
Malah, apabila dibandingkan dengan cip pemprosesan paling berkuasa dalam siri AMD Ryzen 5000, iaitu AMD Ryzen 9 5950X, cip pemprosesan Intel Core i5 Raptor Lake ini dilihat hanya sedikit lebih perlahan dalam ujian penanda-aras multi-bebenang Geekbench.
Intel dijangka akan mengumumkan siri cip pemprosesan ini tidak lama lagi, tetapi mungkin hanya akan mula menjualnya sekitar awal tahun hadapan, dengan sokongan sama untuk papan induk LGA 1700 yang digunakan bersama-sama dengan cip pemprosesan Intel generasi ke-12 Alder Lake.

