Skrin Penterjemah Diperkenalkan Untuk Membantu Para Pelancong Di Jepun

TechnologyDigital
7 Jul 2023 • 1:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Negara Jepun kini sedang memperlihatkan peningkatan kemasukan pelancong yang sangat mendadak sejak negara tersebut dibuka semula kepada dunia. Rata-rata ramai pelancong dari negara luar yang tiba ke negara tersebut tidak bertutur bahasa Jepun, dan untuk membantu para pelancong dan juga para pekerja khususnya di stesen-stesen keretapi.

image is not available

Terkini, sebuah paparan skrin penterjemah akan diperkenalkan di stesen keretapi aliran Seibu di Shinjuku bermula 10 Julai ini, dimana para pelancong boleh berbicara dengan para petugas di stesen keretapi melalui skrin ini, dan ia akan memaparkan terjemahan bahasa dalam masa nyata.

Para petugas tersebut juga boleh bertutur dalam bahasa Jepun, dan skrin ini akan kemudiannya menterjemah pertuturan mereka ke bahasa yang dipilih oleh pelancong tersebut. Terdapat 24 bahasa yang disokong oleh skrin penterjemah ini termasuklah Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Indonesia, Bahasa Korea, Bahasa Perancis, Bahasa Sepanyol dan lain-lain.

Ia juga dijangka bahawa stesen-stesen aliran Seibu yang lain akan menggunakan teknologi ini di masa hadapan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved