Skuad bola sepak Sabah sasar emas di Sukma

21 Jun 2022 • 8:53 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Pasukan bola sepak Sabah menyasarkan untuk memenangi emas pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) Ke-20 di Kuala Lumpur pada September.

Pengurus pasukan Mohd Khairul Nizaem Moktar yang menerima surat pelantikan rasminya daripada Setiausaha Eksekutif Persatuan Bolasepak Sabah (Safa) David Wisom pada Selasa berkata beliau akan melakukan yang terbaik untuk memastikan mereka mencapai sasaran itu.

“Sabah mempunyai rekod yang baik di Sukma selepas memenangi gelaran di Pahang pada 2012 dan mara ke semi final untuk meraih gangsa dua kali di Kuching (2016) dan Ipoh (2018).

“Dengan persiapan yang baik dan semangat juang daripada pemain-pemain, saya pasti pasukan boleh mencabar gelaran itu sekali lagi,” katanya.

Tambahnya mereka berhasrat untuk memasukkan pemain Liga Super, Azhad Harraz bagi memperkuatkan pasukan.

“Kehadiran Azhad diharapkan akan memperkuatkan pasukan. Kebanyakan pemain tahun ini adalah dari skuad Piala Presiden dengan tambahan sekurang-kurangnya dua pemain Piala Belia,” katanya.

Beliau juga yakin bahawa ketua jurulatih Adzrien Harun dan penolongnya Sudirman Garaman mampu menjalankan tugas sebaik latihan pusat bermula pada Ogos.

“Pemain-pemain dijangka akan melapor diri untuk latihan pusat pada Ogos sebaik saingan peringkat kumpulan Piala Presiden berakhir,” katanya.

Sementara itu, pegawai pasukan lain yang menerima surat pelantikan pada Isnin ialah Asmawi Bair (jurulatih penjaga gol), Awang Jasrie Awang Matusin dan Dzulfaizal Ag Anak (jurulatih kecergasan dan fisio), Ronald Jackson (pegawai pentadbiran pasukan).

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.