Barisan atlet gimrama kebangsaan terus memperkemas persiapan menjelang Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 yang bakal berlangsung dari 19 September hingga 4 Oktober ini.
Setiap rutin kini diperhalusi bagi memastikan skuad negara berada pada tahap terbaik apabila membawa cabaran TeamMAS di pentas Asia.
Skuad gimrama dapatkan kepakaran Itali

Sebagai sebahagian persiapan 2026, Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) turut mendapatkan kepakaran dari Itali dalam aspek koreografi, selain merancang latihan luar negara bagi meningkatkan kualiti persembahan atlet.
Skuad negara turut mendapat pendedahan di Kejohanan Gimrama Asia Senior ke-17 di Kyrgyzstan pada Mei lalu, dengan Malaysia menamatkan acara Group All-Around di tempat ketujuh.

Acara gimrama Sukan Asia 2026 menawarkan pingat emas menerusi Individual All-Around wanita dan Group All-Around wanita, dengan pertandingan dijadual berlangsung dari 1 hingga 3 Oktober di Nagoya.
Kini, fokus utama barisan gimnas negara adalah memastikan setiap rutin dapat dipersembahkan dengan kemas apabila membawa nama Malaysia di Jepun.
The post Skuad Gimrama Negara Perkemas Persiapan Ke Sukan Asia 2026 appeared first on Oh! Media.

