Skuad negara perlu perkemas aspek 'batting' -- kapten

25 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Skuad negara perlu perkemas aspek 'batting' -- kapten

Kapten skuad kriket wanita negara, Mas Elysa Yasmin Zulkifli, berkata aspek 'batting' perlu diberikan perhatian dan diperkemas bagi memastikan skuad negara lebih kompetitif di pentas antarabangsa.

'Batting' atau aksi memukul bola oleh pemain, antara kekurangan yang diakui oleh Mas Elysa Yasmin berdasarkan Kejohanan Wanita T20I Tri-Series 2026 di Bayuemas Oval, Klang, ketika ini.

Kejohanan tiga penjuru itu menjadi platform penting untuk menilai kekuatan dan kelemahan pasukan negara menjelang Sukan SEA Malaysia tahun depan.

"Kami ada tiga bahagian dalam sukan kriket ini, iaitu batting, bowling dan fielding," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

"Banyak perkara turun naik tetapi buat ketika ini, kelemahan kami adalah batting kerana tidak banyak larian, hanya titik (dot ball).

"Apabila banyak titik, ia akan memberikan tekanan buat pemain kami tetapi daripada segi bowling dan fielding, Alhamdulillah semakin baik."

Malaysia akan berdepan Indonesia bagi final Kejohanan Wanita T20I Tri-Series pada Jumaat ini.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved