SkyeChip yakin prospek industri teknologi masa depan disokong trend kecerdasan buatan global

LocalTechnology
17 Aug 2026 • 6:10 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

SkyeChip yakin prospek industri teknologi masa depan disokong trend kecerdasan buatan global Image from: SkyeChip yakin prospek industri teknologi masa depan disokong trend kecerdasan buatan global amree17/08/2026 - 18:10 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 17 OgosSkyeChip Berhad tetap optimis terhadap prospek teknologi masa depan disokong trend industri jangka panjang dalam kecerdasan buatan (AI) serta pengkomputeran berprestasi tinggi.

 

Kedudukan syarikat reka bentuk semikonduktor itu yang kukuh dalam penawaran reka bentuk litar bersepadu aplikasi khas (ASIC) membolehkan mereka terus bersaing di peringkat antarabangsa.

 

Bagaimanapun, menurut makluman kumpulan tersebut kepada Bursa Malaysia, ia menempuh fasa mencabar pada suku pertama berakhir 30 Jun 2026 dengan mencatatkan penurunan hasil kira-kira 15.7%.

 

"Isu utama yang memberi kesan adalah perbezaan masa pencapaian projek jualan harta intelek silikon serta peningkatan kos faedah pekerja dan perbelanjaan penyenaraian sekali sahaja," kata SkyeChip.

 

Bagi suku pertama tahun kewangan 2027 syarikat berjaya meraih hasil keseluruhan berjumlah RM49.6 juta dengan produk harta intelek silikon menjadi penyumbang paling besar iaitu sebanyak 52.9%.

 

Sementara itu, jualan produk ASIC pula tambah kumpulan berkenaan, berjaya menyumbang kira-kira 46.9% kepada jumlah pendapatan syarikat bagi tempoh yang dilaporkan tersebut.

 

SkyeChip_DagangNews2026

 

Laporan kewangan menunjukkan SkyeChip mampu mencatatkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM14.4 juta manakala keuntungan bersih selepas cukai adalah berjumlah RM13.9 juta. 

 

"Prestasi ini mencerminkan keupayaan syarikat untuk mengekalkan keuntungan walaupun berdepan dengan pelbagai kos operasi yang tinggi dalam industri teknologi yang semakin kompetitif," katanya.

 

Sekiranya perbelanjaan penyenaraian IPO sekali sahaja sebanyak RM2.53 juta dikecualikan maka syarikat sebenarnya merekodkan keuntungan bersih yang lebih tinggi iaitu RM16.4 juta.

 

Pasaran Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai sumber hasil utama dengan sumbangan 54.6% diikuti China (42.1%) manakala baki diperoleh daripada pelanggan di pasaran domestik serta di Korea Selatan.

 

SkyeChip berjaya disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 20 Mei 2026 melalui tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 400 juta saham baharu, dan mengumpul dana kasar berjumlah RM352.0 juta.

 

"Kumpulan turut mengukuhkan keupayaan teknikal melalui kerjasama strategik dengan pihak MIDA bagi akses kepada platform teknologi ARM yang akan menyokong reka bentuk produk masa hadapan," katanya.

 

Inisiatif ini ujarnya, adalah penting bagi memastikan syarikat berkenaan terus relevan dalam memenuhi permintaan teknologi tinggi di peringkat global. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved