Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT) telah membuka permohonan kemasukan Tingkatan Enam (Prauniversiti) Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ke Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Terengganu bagi Tahun 2026 menerusi https://jpint.awfatech.com/daftar.php.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai kemasukan ke sekolah ini.

Sejarah Penubunan SMAN Terengganu
Sejarah Pendidikan Sekolah Agama di Negeri Terengganu bermula dengan sistem sekolah pondok sebelum perang dunia kedua. Lahir dari kesedaran para cendekiawan dan ilmuwan berpendidikan agama.
Pada Peringkat awal penubuhan sekitar tahun 1930an, madrasah-madrasah ini adalah sumbangan orang-orang dan juga Kerajaan Negeri. Sekolah-sekolah ini berasal daripada sekolah pondok dan dinamakan madrasah.
Selepas itu, Sekolah Agama tersebut dikenali sebagai Sekolah Arab yang mana pada awal penubuhannya, mata pelajaran yang diajar di sekolah tersebut menfokuskan kepada Agama dan Bahasa Arab.
Selepas tahun 1960an, Sistem pendidikan Sekolah Arab ini telah dikaji dan sistem baru yang lebih sesuai telah diselaraskan dengan Kementerian Pelajaran dengan Bahasa Arab dan Pelajaran Agama tidak diketepikan.
Sistem Peperiksaan SRP dan PMR mulai diperkenalkan dan pelajar-pelajar dikehendaki menduduki peperiksaan tersebut.
Bersesuaian dengan sistem pendidikan baru yang berorientasikan Sistem Pendidikan Kebangsaan itu maka, Sekolah-sekolah Arab seterusnya dipanggil Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu (SMAN Terengganu).
Kelebihan Tingkatan 6 (Prauniversiti)
Antara kelebihan bagi pelajar Tingkatan 6 atau Prauniversiti adalah seperti berikut:
- Biasiswa ditawarkan kepada yang berkelayakan
- Peluang menyambung pengajian di luar negara
- Laluan pantas ke peringkat Ijazah
- Tempoh pengajian yang singkat
- Persediaan akademik yang mantap
- Kos pengajian yang rendah
- Peluang kerjaya yang luas
- Pengalaman kokurikulum yang berharga
Senarai Sekolah
Sekolah yang terlibat bagi kemasukan Tingkatan 6 untuk STAM ini adalah seperti berikut:
- Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin
Jalan Sultan Mahmud
20400 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman - Sekolah Menengah Agama Al-Falah
Jalan Padang Chukai
24000 Kemaman
Terengganu Darul Iman
Syarat Am
Syarat am untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:
- Berumur Tidak Kurang 17 Tahun & Tidak Lebih 21 Tahun Pada Pengambilan Prauniversiti STAM 2026.
- Warganegara Malaysia dan Rakyat Negeri Terengganu Darul Iman.
- LULUS Peperiksaan Percubaan SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
- Terbuka kepada murid dari:
– Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) / Sekolah Menengah Agama Terengganu
– Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI)
– Sekolah Menengah Agama Swasta - Telah mengikuti satu daripada pakej KBD pada peringkat menengah atas; atau
- Telah mengikuti Kurikulum Maahad al-Bu’uth al-Islamiah al-Azhar al-Syarif sekurang-kurangnya dua (2) tahun di sekolah/institusi yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia atau Pihak Berkuasa Agama Negeri (PBAN) – (Jabatan/Yayasan/Majlis Agama Islam Negeri).
Syarat Khas
Selain itu, syarat khas juga mesti dipenuhi iaitu:
- Calon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya Gred C dalam mana-mana TIGA mata pelajaran Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) iaitu Al-Lughah Al-’Arabiyyah Al-Mu’ asirah, Al-Syariah, Usul Al-Din, Manahij Al-Ulum Al-Islamiyah, Al-Adab wa Al-Balaghah; atau
- Calon perlu mendapatkan dokumen/penyataan/pengesahan daripada Pihak Berkuasa Agama Negeri (PBAN) – (Jabatan/Yayasan/Majlis Agama Islam Negeri) yang membuktikan telah mengikuti dua tahun pengajian; dan
- Memperoleh sekurang-kurangnya Gred D dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
- Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mendapat keputusan terbaik.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://jpint.awfatech.com/daftar.php mulai 26 Disember 2025 sehingga 9 Januari 2026.

Tarikh Penting
Tarikh-tarikh penting yang perlu diambil perhatian adalah seperti berikut:
| Perkara | Tarikh Penting |
| Permohonan Dibuka | 26 Disember 2025 |
| Permohonan Ditutup | 9 Januari 2026 |
| Semakan Keputusan Tawaran | 15 Januari 2026 bermula pukul 3.00 petang |
| Tempoh Setuju Terima Tawaran | 15 Januari 2026 hingga 21 Januari 2026 |
| Pendaftaran/Lapor Diri | 25 Januari 2026 |
| Keputusan Rayuan | 29 Januari 2026 |
| Pendaftaran/Lapor Diri Calon Rayuan | 3 Februari 2026 |
Soalan Lazim
Bilakah tarikh permohonan Tingkatan 6 STAM ini dibuka?Permohonan kemasukan dibuka mulai 26 Disember 2025 sehingga 9 Januari 2026.
– Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu
– STAM Sekolah Menengah Agama Al-Falah, Kemaman
Tidak. Pemohon mestilah lulus Peperiksaan Percubaan SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
Bagaimanakah cara untuk memohon kemasukan ke Tingkatan 6 STAM di SMAN Terengganu ini?Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://jpint.awfatech.com/daftar.php.
Jika permohonan tidak berjaya, adakah saya boleh membuat rayuan?Ya. Permohonan rayuan boleh dibuat selepas keputusan permohonan diumumkan.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai kemasukan ke Tingkatan 6 STAM bagi SMAN Terengganu, sila layari laman web https://jpint.terengganu.gov.my/.
Baca juga: SMAN Perak: Permohonan Tingkatan 4 SMA Negeri Perak 2026



