“Smart woo!” – [VIDEO] Netizen Teruja TikTok Manchester United Guna ‘Sound’ Ryan Bakery!

Entertainment
24 Aug 2022 • 11:34 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Siapa yang banyak luangkan masa dalam aplikasi TikTok, pasti pernah melihat video-video daripada Ryan Bakery kan?

Dia banyak memuat naik content yang sangat relatable dengan rakyat Malaysia, khususnya zaman kanak-kanak mereka yang lahir pada era 90-an dan setakat ini, followers Ryan Bakery telah mencecah 2.8 juta! Bukan biasa-biasa!

Semalam, heboh di media sosial apabila kelab bolasepak gergasi United Kingdom, Manchester United menggunakan sound oleh content creator Malaysia itu untuk salah satu video dalam TikTok rasmi mereka.

Video tersebut menunjukkan skill winger Manchester United, Jadon Sancho ketika dalam perlawanan menentang kelab Liverpool baru-baru ini.

Lebih mengejutkan, video tersebut juga menggunakan kapsyen ‘Tunjuk Skill’ untuk video yang dimuat naik dalam akaun TikTok yang mempunyai 16.7 juta followers itu.

Sudah pastinya, perkara itu amat mengujakan peminat kelab tersebut, ada netizen yang seakan tidak percaya kelab gergasi itu menggunakan sound daripada Ryan Bakery dan mempersoalkan apakah admin akaun tersebut merupakan rakyat Malaysia.

image is not available

Tapi macam mana pun, memang smart woo! Powerlah Ryan Bakery!

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.