SMUE, SMIS digesa semak semula pelaksanaan kuota

LocalPolitics
20 Nov 2026 • 6:25 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: SMUE, SMIS digesa semak semula pelaksanaan kuota

PETALING JAYA: Kerajaan Negeri Selangor digesa menyemak semula pelaksanaan kuota bagi Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS), selepas dilihat boleh menyebabkan golongan warga emas serta orang kurang upaya (OKU) yang layak dinafikan bantuan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Selangor Nurul Syazwani Noh dalam satu kenyataan berkata, rakyat sepatutnya menikmati manfaat bantuan berdasarkan syarat dan kelayakan ditetapkan, bukannya bergantung kepada siapa yang lebih awal mendaftar sehingga kuota penerima dipenuhi.

Menurutnya, warga emas dan golongan OKU juga merupakan dua kumpulan penerima berbeza serta akan meneliti perkara itu bagi memastikan bantuan disalurkan kepada kumpulan sasaran yang tepat.

“Jika seseorang warga emas atau OKU memenuhi syarat kelayakan, mengapa mereka perlu dinafikan manfaat hanya kerana peruntukan telah mencapai hadnya?

“Selangor mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh. Justeru, kerajaan perlu memastikan peruntukan kebajikan benar-benar mencerminkan keperluan rakyat,” katanya.

Beliau berkata, rakyat tidak sepatutnya terpaksa bersaing mendapatkan kuota selepas menunggu hampir dua tahun untuk menikmati semula manfaat skim kebajikan berkenaan.-UTUSAN

The post SMUE, SMIS digesa semak semula pelaksanaan kuota appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved