Snapdragon X Plus: 10% lagi berkuasa daripada Apple M3

TechnologyDigital
25 Apr 2024 • 10:53 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Qualcomm telah mengemas kini SoC laptop mereka dengan pelancaran Qualcom Snapdragon X Plus. Cip ini akan menyertai Snapdragon X Elite yang telahpun mereka lancarkan tahun sudah. Daripada segi harierki, X Plus berada di bawah X Elite untuk berikan alternatif yang lebih mampu milik kepada pengguna.

image is not available

Perbezaan paling besar X Plus dengan X Elite adalah pada bilangan teras pengkomputeran. Walaupun mereka masing-masing dilengkapi teras berkuasa tinggi Oryon, X Plus memiliki 10 teras berbanding 12 teras pada X Elite. Namun, X Plus tetap mampu beroperasi pada kelajuan sehingga 3.4Ghz dan menampung amaun RAM sehingga 64GB LPDDR5x.

image is not available

Qualcomm mengatakan yang Snapdragon X Plus ini mempunyai pemproses AI paling pantas dalam kategorinya. Neural Processing Unit (NPU) cip ini memroses pada paras 45 TOPS yang dakwa mereka, mampu buahkan prestasi AI yang baik terus daripada peranti tanpa perlu bergantung kepada awan.

Lagi tentang prestasi, Qualcomm mendakwa ia 10% lebih pantas berbanding Apple M3 dalam kategori SoC berasaskan ARM.

image is not available

Ia juga gunakan 50% lebih rendah berbanding Intel Core Ultra 7 155H untuk buahkan prestasi yang sama.

image is not available

Lain-lain perkara menarik yang anda perlu tahu adalah seperti sokongan LPDDR5x, boleh disambung kepada 3 monitor 4K HDR, Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4, ISP baharu, dan macam-macam lagi. Laptop yang diperkasa Snapdragon X Plus akan masuki pasaran sekitar Jun 2024 ini.

Sumber: Qualcomm