“So Pukul Anak Orang Ni ‘Alter’ Mana Satu?” – Pernah ‘Viral’ Masuk TV3, Wanita Hidap D.I.D Tular Belasah ‘Girlfriend’?

Entertainment
12 Aug 2023 • 1:35 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tahun lalu, wanita ini pernah tular sehingga kisahnya diceritakan menerusi program Nona di TV3 dan telah meraih perhatian ramai.

Wanita ini mendakwa dirinya mempunyai 20 personaliti akibat menghidap penyakit yang jarang berlaku, Dissociative Identity Disorder (DID).

image is not available

Terbaru, tular rakaman mempamerkan wanita itu memukul wanita lain sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan.

Dulu viral sampai masuk Nona TV3 sebab ada DID. So yang dia pukul anak orang ni alter dia yang mana satu?”

Menerusi rakaman itu, dia sedang bertengkar dengan wanita terbabit sebelum hilang sabar dan memukul mangsa di bahagian muka.

Bukan itu sahaja, mangsa turut mendakwa rakaman terbabit bukan kejadian pertama sebaliknya pernah dicekik oleh wanita tersebut sehingga menyebabkan mengalami kecederaan.

Terdahulu, kesahihan cerita wanita tersebut yang mengaku menghidap DID dipersoal oleh warganet dan ada juga dakwaan mengatakan dia memalsukan penyakit tersebut.

Malah, ramai yang turut menyelar team produksi Nona dan TV3 kerana tidak menyelidik tentang hal tersebut terlebih dahulu sebelum menjemputnya ke program berkenaan.

image is not available 1 year ago

Netizen 'Kantoikan' Gadis Didakwa Palsukan Penyakit D.I.D, Kecam Penerbit TV Tak Buat 'Research'