Pernah Digelar Billie Eilish Malaysia Dan Mengaku Ada 20 Identiti, Kini Tular Lagi Sebab Pukul Teman Wanita

12 Aug 2023 • 3:36 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Gadis ini pernah masuk layar kaca TV

Pernah Digelar Billie Eilish Malaysia Dan Mengaku Ada 20 Identiti, Kini Tular Lagi Sebab Pukul Teman Wanita. Seorang gadis telah menjadi perhatian ramai apabila mengaku mempunyai lebih daripada 20 identiti berbeza.

Walaupun kedengaran agak mustahil, namun penyakit berkaitan lebihan personaliti sememangnya wujud. Statistik menunjukkan hanya antara 0.01 hingga 1 peratus populasi global yang menghidapnya.

image is not available
Pernah Digelar Billie Eilish Malaysia Dan Mengaku Ada 20 Identiti, Kini Tular Lagi Sebab Pukul Teman Wanita

Mengaku dirinya mempunyai 20 identiti

Dissociative Identity Disorder (DID) adalah satu keadaan kesihatan mental yang jarang berlaku. Ia melibatkan individu yang mempunyai dua atau lebih personaliti yang berbeza.

Gadis tersebut bahkan pernah masuk di layar kaca TV untuk memberikan kesedaran tentang penyakit yang dialaminya.

image is not available

image is not available

Tular lagi sekali sebab belasah teman wanita

Namun begitu, selepas pendedahan di stesen TV itu, media sosial menjadi tular dengan dakwaan mengenai wanita itu yang dikatakan memalsukan masalah mental yang dialaminya itu.

Baru-baru ini, gadis yang sama kembali menjadi tumpuan apabila video yang menunjukkan dia memukul teman wanitanya tular di media sosial.

Amaran. Video ini mengandungi kekerasan dan keganasan terhadap wanita.

image is not available

Mangsa turut menyatakan bahawa dirinya pernah dicekik sampai pecah darah satu muka

Video berdurasi 28 saat itu menunjukkan pertengkaran antara kedua-dua wanita sebelum berlaku kekerasan. Video tersebut telah dikongsi oleh @charketio di Twitter.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: