Pernah Viral Ada Banyak Personaliti, Kini Viral Lagi Sebab Belasah Teman Wanita

Entertainment
12 Aug 2023 • 12:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tahun lepas, seorang gadis pernah tular selepas mengaku mempunyai lebih 20 identiti berbeza. Meskipun ia kedengaran pelik, namun penyakit berkaitan lebihan personaliti sememangnya wujud dan ia dikenali sebagai Dissociative Identity Disorder (DID).

image is not availableBagaimanapun ia sangat jarang berlaku yang mana hanya 0.01 hingga 1 peratus daripada populasi di seluruh dunia dikesan menghidapnya.

Secara amnya, DID ialah keadaan kesihatan mental di mana seseorang yang mengalami gangguan berkaitan mempunyai dua atau lebih personaliti berasingan.

Terkini, tular kembali gadis tersebut selepas satu videonya memukul teman wanita mendapat perhatian netizen.

Dalam video berdurasi 28 saat itu, kelihatan berlaku pertengkaran mulut antara mereka sebelum gadis itu menggunakan kekerasan ke atas mangsa. Video kejadian yang dikongsi @charketio itu boleh ditonton di bawah.

Amaran. Video ini mengandungi kekerasan dan keganasan terhadap wanita.

 

Buat report polis

Tidak ada siapa yang mempunyai akal yang waras bersetuju kekerasan dan keganasan adalah jalan terbaik menyelesaikan sesuatu perkara. Kalau ada kes pukul atau kena belasah, jalan terbaik adalah dengan buat laporan kepada pihak berkuasa.

image is not availableSebenarnya alasan macam tu tak boleh digunakan. Mana ada orang yang nak pukul orang lain tanpa sengaja. Mesti ada tu tak puas hati sampai kena guna kekerasan.

image is not availableApa juga personaliti yang menguasai diri tanpa sedar atau tidak, naik tangan kat orang lain memang tak boleh dilakukan. Kesian dekat mangsa, mesti trauma.

image is not availableBanyak sangat alter ni susah juga sebenarnya. Entah siapa-siapa nanti yang keluar. Kalau betul dia kena dapatkan rawatan secara professional, jangan main petik je abuser mana yang nak jadi personaliti tu.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.