SoftBank Memintas Toyota Sebagai Syarikat Paling Bernilai Di Jepun

Business & Finance
1 Jun 2026 • 6:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Status Toyota sebagai syarikat Jepun dengan nilai pasaran tertinggi selama 20 tahun kini berakhir dengan ia dipintas oleh SoftBank hari ini. Nilai pasaran syarikat yang diasaskan oleh Masayoshi Son ini mencecah $305.28 bilion memintas Toyota yang mempunyai nilai pasaran $247.56 bilion.

Image from: SoftBank Memintas Toyota Sebagai Syarikat Paling Bernilai Di Jepun

Saham SoftBank melonjak 14% hari ini dengan ia dipacu oleh kecenderungan pasaran ke atas syarikat yang terlibat dengan kecerdasan buatan (AI). Sejak awal tahun ini, saham SoftBank melonjak hampir sekali ganda selepas ia mula membeli saham milik OpenAI sehingga menjual pegangan dalam Arm.

Mereka melengkap pelaburan $40 bilion ke dalam OpenAI tahun lalu dengan rancangan menambah $30 bilion lagi. Ini adalah contoh pertaruhan masa depan SoftBank yang berjaya kerana sebelum pelaburan dalam WeWork, Oyo dan Wirecard menyebabkan syarikat menanggung kerugian besar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved