Rata-rata di antara kita pasti kenal dengan personaliti media sosial dan pencipta kandungan yang mahir dalam ilmu special effects (SFX), Sofyank atau nama penuhnya, Muhammad Sofian Abdullah.
Kebanyakan content yang dimuat naik Sofyank pasti viral kerana ciri-ciri kreatif yang ditonjolkannya menggunakan SFX membuatkan video dari pempengaruh ini memang lain daripada lain!
Namun begitu, satu posting yang dimuat naik Sofyank baru-baru ini telah menjadi perdebatan hangat netizen apabila dia dilihat mempromosi Singapura.
Dalam video tersebut, Sofyank diihat mempromosi beberapa tempat pelancongan di negara itu seperti Lapangan Terbang Changi, Marina Bay, Masjid Sultan dan banyak lagi.
Walau bagaimanapun, video menarik itu telah menerima pelbagai komen daripada netizen di X dengan ada yang mempersoal mengapa Sofyank tidak menggunakan kelebihan dalam SFX itu untuk mempromosi negara sendiri.
Pun begitu, ramai juga yang berpendapat video yang dimuat naik Sofyank itu adalah kolaborasinya dengan Visit Singapore dan dia telah dibayar untuk melakukan promosi berkenaan.
Dalam pada itu, Sofyank menerusi satu balasan komen memaklumkan jika ada rezeki dan peluang, pihaknya akan menghasilkan video mempromosi Malaysia pula nanti.