Sokongan AI Pada Carian Google Membuatkan Pelbagai Penerbit Di Web Kehilangan Trafik

TechnologyDigital
8 Apr 2025 • 9:57 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google telah pun mula memperkenalkan integrasi sokongan janaan hasil carian dikuasakan kecerdasan buatan – dimana teks ringkasan untuk sesuatu carian dipaparkan pada bahagian atas laman, sebelum diikuti dengan senarai pautan di bawah. Langkah ini dilihat ingin membantu pengguna dalam mendapatkan jawapan kepada carian dengan pantas, namun pada masa yang sama, kini dilihat memberikan kesan kepada pengunjung sesuatu laman web yang mana menghasilkan kandungan berkaitan.

image is not available

Mengikut temuramah Bloomberg, beberapa penerbit telah pun menutup operasi mereka, selain ada yang telah mengubah kaedah bagaimana menarik trafik. Ada juga yang telah mengurangkan penulisan teks, dan beralih kepada dalam bentuk video di YouTube. Dengan mengubah kaedah kandungan disampaikan juga, untuk jangka masa panjang dijangka akan memberikan kesan kepada kualiti kandungan di carian Google, memandangkan data latihan tidak memadai.

Google sebelum ini telah mengatakan pengenalan ciri AI pada carian tidak memberikan kesan kepada trafik pengujung ke sesuatu web, namun pelbagai penerbit melihat sebaliknya. Antara topik yang terkesan tinggi adalah termasuk fesyen, gaya hidup, percutian, masakan dan juga deko rumah.

Bagi kami sendiri, penggunaan carian Google dilihat kurang memaparkan kandungan dengan tepat berbanding sebelum-sebelum ini, apatah lagi dengan carian dalam bahasa Malaysia.