
PETALING JAYA – Astaka Holdings Limited (Astaka Holdings) telah melancarkan SOL, jenama HealthTech yang memfokuskan kepada penciptaan persekitaran dalaman yang lebih bersih dan sihat melalui nanoteknologi yang diaktifkan cahaya.
SOL adalah produk pertama syarikat yang disifatkan sebagai “Cahaya Perlindungan Aktif Pertama di Dunia”, iaitu sebahagian daripada rangkaian produk yang lebih meluas untuk memenuhi keperluan pasaran pengguna, termasuklah isi rumah dengan kanak-kanak, warga emas dan haiwan peliharaan, serta mereka yang mengambil berat tentang isu kulat dan bau dalaman.
Rangkaian produk yang akan dipasarkan nanti bakal memenuhi keperluan pelbagai industri dan sektor yang mana kualiti persekitaran dalaman menjadi keutamaan, termasuklah bidang penjagaan kesihatan, pemprosesan makanan, stesen MRT dan kemudahan pengangkutan awam lain, pejabat, sekolah dan ruang dalaman guna sama yang lain.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Allen Khong berkata, pelancaran tersebut menandakan transformasi Kumpulan menjadi syarikat HealthTech, berikutan pelupusan perniagaan pembangunan hartanahnya yang merangkumi Astaka Padu Sdn Bhd dan anak-anak syarikatnya, pada 3 September 2026.
“Kami teruja untuk mengumumkan pelancaran SOL, sebuah jenama HealthTech Singapura
yang memberi tumpuan kepada penciptaan persekitaran dalaman yang lebih bersih dan
segar serta masa depan yang lebih sihat untuk semua.
“Perniagaan baharu ini akan membolehkan kami memanfaatkan permintaan yang semakin meningkat untuk penyelesaian HealthTech persekitaran dalaman dan kualiti udara di Singapura serta di seluruh Asia, yang didorong oleh kebimbangan terhadap alergi, jerebu dan pelepasan
asap memasak,” katanya dalam kenyataan.
Dibangunkan melalui kerjasama erat dengan Evergrown Holdings Berhad yang berpangkalan
di Johor, sebuah pengeluar produk lampu HealthTech yang kukuh dan dibangunkan
menggunakan teknologi dalaman, SOL akan dilancarkan terlebih dahulu di Malaysia dan
Singapura.
Langkah seterusnya pula adalah Kumpulan merancang melaksanakan peluasan masa depan ke tujuh pasaran tambahan termasuk China, Indonesia, Vietnam, Thailand dan India, tertakluk kepada kesediaan pasaran dan syarat-syarat yang berkenaan.
“Kami telah mula menerima pendaftaran minat di laman web rasmi SOL pada hari ini, dan
penghantaran SOL yang pertama dijangkakan pada November 2026.
“Rancangan kami adalah untuk melancarkannya terlebih dahulu di Singapura dan Malaysia, dan dalam tempoh tiga tahun, kami merancang untuk berkembang ke tujuh pasaran tambahan di seluruh Asia,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE
l
The post SOL jenama sulung HealthTech, susulan tranformasi Astaka Holdings appeared first on Kosmo Online.






