
Sempena ulang tahun ke-44, Solar Time dengan bangganya melancarkan identiti jenama baharu yang meraikan lebih empat dekad ketukangan halus dan inovasi.
Transformasi ini melambangkan komitmen jenama terhadap keanggunan abadi, ketepatan, dan gaya kontemporari.

Majlis pelancaran rasmi telah berlangsung di butik Solar Time yang telah dinaik taraf di IOI City Mall, Putrajaya minggu lalu.
Butik ini kini menampilkan rekaan avant-garde yang mencerminkan identiti jenama yang diperbaharui dengan ruang moden yang menggabungkan warisan dan rekaan masa kini.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran selebriti tanah air, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Sebagai sebahagian daripada pelancaran ini, Solar Time turut memperkenalkan logo baharu, dengan tipografi moden dan berani, sebagai simbol kepada semangat progresif dan usaha berterusan jenama dalam mengejar kecemerlangan.
Untuk memperingati detik bersejarah ini, Solar Time turut melancarkan jam tangan edisi khas BONIA Everbloom BNB10837 2525SE, eksklusif di butik Solar Time terpilih dan kedai dalam talian rasmi.

Kelopak bunga Semanggi yang diletakkan pada kedudukan nombor 4 menambah makna simbolik, mewakili harapan, keharmonian dan tuah. Satu penghormatan elegan kepada 44 tahun legasi Solar Time.
Bagi meningkatkan nilai kenangannya, bahagian belakang jam ini diukir dengan tulisan ‘Special Edition Everbloom’.
Dengan kerangka berbentuk tonneau bersalut emas ros, dail seramik merah wain yang mewah, serta tali silikon sepadan, jam ini memancarkan estetik yang anggun dan mewah.

Dijual pada harga RM498, ia adalah pilihan sempurna bagi mereka yang menghargai gaya dan simbolik masa.
Solar Time kekal komited dalam menyediakan pengalaman membeli-belah yang diperibadikan, berkualiti dan berinspirasi, sejajar dengan misinya untuk terus bergerak seiring masa. - Getaran, 24 Julai 2025
Foto : Solar Time

