“Solat Adalah Kejayaan” – Opai Bentang Kain Samping, Ajak 20 Staf Solat Jemaah

24 Mar 2025 • 1:05 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
opai

Suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang mencuri perhatian netizen apabila mengajak 20 pekerjanya solat secara berjemaah di kawasan belakang booth jualan di MITEC, Kuala Lumpur.

Dalam video tersebut, dapat dilihat Aliff Awang atau nama panggilannya Opai menyusun sejadah atas simen. Sejadah yang tidak cukup digantikan dengan samping sebagai alas.

Opai ajak staf solat jemaah

@aliff_awang

Solat adalah kejayaan. Tanda kita berjaya bukan pada berapa juta kita buat. Tapi tanda kita berjaya adalah bila kita tinggalkan perkara dunia, hanya semata mata kerana Allah SWT dan bersujud padaNYA

♬ original sound – Opai Alpiaw – Opai Alpiaw

Apa yang lebih menyentuh hati adalah kapsyen yang ditulis Opai mengenai kepentingan solat.

Solat adalah kejayaan. Tanda kita berjaya bukan pada berapa juta kita buat. Tapi tanda kita berjaya adalah bila kita tinggalkan perkara dunia, hanya semata-mata kerana Allah SWT dan bersujud padaNYA.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dengan ketegasan Opai dalam menunaikan tanggungjawab sebagai muslim.

“Bertuah Fatin Afeefa” – Netizen

image is not available

image is not available

Ramai yang memuji sikap Opai dan pekerja yang tetap menjaga solat walaupun dalam keadaan serba kekurangan.

Sementara itu, ada seorang pengguna media sosial menjelaskan salah faham mengenai fasiliti surau di tempat itu.

image is not available

Jelasnya, surau ada disediakan di tingkat atas namun mungkin Opai mahu menjimatkan masa dan solat di bahagian belakang booth sahaja.

#ApaKataOhmedia

Apa yang penting adalah mesej yang ingin disampaikan Opai tu kan? Kejayaan sebenar bukanlah wang ringgit tetapi apabila kita berjaya meninggalkan urusan dunia untuk sujud kepada Allah SWT.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: TikTok Aliff Awang


The post

appeared first on

.