Solekan Tema ‘Wedding’, Ramai Terpukau Dengan Kejelitaan Erra Fazira – “Kalau Ada Pelamin…”

EntertainmentLifestyle
7 Sep 2025 • 6:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, tular ura-ura mengatakan aktres jelita, Erra Fazira bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya dikenali sebagai Mr E.

Tidak hairanlah apabila Erra bersolek dan bergaya seperti pengantin, ia meraih perhatian dan membuatkan ramai peminatnya teruja.

Menerusi hantaran di Instagram, aktres berusia 51 tahun itu telah berkongsi video memaparkan solekan wajahnya yang berjaya menonjolkan lagi kecantikan Erra.

Solekan itu adalah untuk menjadi juri program Kilauan Emas dan Erra telah disolek oleh make up artist terkenal, Alha Alfa. Tulisnya di kapsyen,

Tema minggu ini kita bagi vibe perkahwinan sikit untuk Kilauan Emas. Kak Erra kata kalau ada pelamin tadi dia naik terus dah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by www.alhaalfa.com (@alhaalfa)

image is not available

image is not available

Ruangan komen hantaran itu dipenuhi dengan pujian terhadap kejelitaan Erra yang tiada bandingnya malah ramai bersetuju aktres tersebut tidak dimamah usia.

Rata-ratanya turut memuji hasil tangan Alha Alfa yang disifatkan tidak pernah mengecewakan dan ada juga yang mengusik Erra perihal naik pelamin.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

image is not available 2025-08-07 13:41:22

Erra Fazira Dan Mr. E Mengaku Ada 'Survey' Dewan Perkahwinan - "Ramai Nak 'Sponsor', Kami Terharu"