
SEPANG: Lebih 100 penyokong adat Negeri Sembilan mula berkumpul di hadapan Bilik Khas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menanti kepulangan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Tinjauan wartawan mendapati, mereka mula berkumpul sejak pukul 9 malam dan keadaan agak terkawal.
Sementara itu, lebih 30 pengamal media dari pelbagai agensi berita berkumpul di tingkat 5 KLIA itu sejak pukul 8 malam tadi bagi mengikuti perkembangan terkini isu adat Negeri Sembilan.
Difahamkan, Tuanku Muhriz dijangka tiba di KLIA sekitar pukul 9.50 malam ini namun, tiada maklumat sama ada penyokong ada majlis khas bagi meraikan kepulangan baginda.
Kemelut diraja Negeri Sembilan kembali hangat selepas Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim mengesahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Beliau dilaporkan berkata, perkara itu telah diputuskan secara sebulat suara oleh semua ahli Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pada mesyuarat 15 September lalu.-UTUSAN
The post Solidariti Tuanku Mukhriz: Penyokong mula berkumpul di KLIA appeared first on Utusan Malaysia.






