Son Dilantik Duta Terbaharu Jam Pintar Galaxy Watch 6 Keluaran Samsung 

30 Jul 2023 • 12:11 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Samsung Galaxy Watch 6 baru dilancarkan di Malaysia baru-baru ini - gambar Samsung.com

Sudah menjadi kebiasaan produk berasaskan teknologi melantik nama-nama besar sebagai duta mereka. Pelantikan individu yang dipilih sebagai duta ini boleh dianggap sebagai satu bentuk strategi pemasaran bagi mengembangkan lagi jenama terbabit bagi tempoh tertentu. 

Baru-baru ini, dunia bola sepak menjadi saksi pelantikan pemain bola sepak profesional kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur, Son Heung Min sebagai duta terbaharu jenama Samsung. 

Pemilihan Son yang juga pemain kebangsaan Korea Selatan dilihat amat bertepatan dengan jenama Samsung yang terkenal dan berasal dari negara sama. 

image is not available
Son dikesan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon sedang memakai jam tangan pintar berwarna hitam di pergelangan tangannya - gambar Samsung.com

Menariknya, pemilihan ini mula diperbualkan selepas Son dikesan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon sedang memakai jam tangan pintar berwarna hitam di pergelangan tangannya. Jam itu dipercayai salah satu produk terbaharu Samsung yang belum dilancarkan lagi ketika itu. 

Tidak lama kemudian, pihak Samsung mengesahkan bahawa Son memakai Galaxy Watch 6 dan produk tersebut baharu sahaja dilancarkan secara rasmi di Malaysia semasa Galaxy Unpacked 2023 baru-baru ini. 

image is not available
Samsung mengesahkan Son sudah dilantik sebagai duta jenama Samsung Galaxy - gambar Samsung.com

Sejurus kemudian, pihak Samsung turut mengeluarkan kenyataan bahawa Son sudah dilantik sebagai duta jenama Samsung Galaxy dan wajah bintang bola sepak itu akan dipaparkan di semua platform pengiklanan Samsung sebagai tanda kolaborasinya bersama jenama tersebut. 

Penglibatan Son bersama produk terkemuka bukan suatu perkara baharu. Sebelum ini, beliau sering mengadakan kolaborasi bersama pelbagai jenama terkemuka termasuk jenis bag koper mewah. Bahkan beg perjalanan TUMI baru-baru ini turut melantiknya sebagai duta produk, selain jenama fesyen mewah Burberry. 

image is not available
Son juga dilantik sebagai duta pertama AIA Singapura - gambar Eurosports.com

Bukan itu sahaja, Son turut dilantik sebagai duta pertama untuk syarikat insuran AIA Singapura bagi mendidik rakyat negara itu mengamalkan cara kehidupan yang lebih berkualiti melalui aspek kesihatan fizikal, motivasi, dan mental dan sistem kewangan. 

image is not available
Samsung disifatkan mengambil keputusan bijak apabila melantik Son sebagai duta - gambar Samsung.com

Jadi keputusan Samsung melantik Son sebagai duta produk dianggap satu langkah bijak memandangkan produk terbaharu Samsung Galaxy Watch6 ini dijangka mampu menarik minatpengguna menerusi ciri-ciri unik yang dimilikinya. 

image is not available
Samsung Galaxy Watch 6 - gambar Samsung.com

Pada masa sama, penulis menjangkakan ia mampu menarik pembelian dalam kalangan peminat bola sepak khususnya penyokong Son. 

Galaxy Watch6 yang kini sudah rasmi dilancarkan di Malaysia, ditawarkan pada harga RM1,099 dan menampilkan reka bentuk paparan lebih besar dan bezel lebih nipis. - Getaran, 30 Julai 2023