Pratempah Sony Alpha A6700 Kini Dibuka Dengan Harga Bermula RM7,099

TechnologyDigital
24 Jul 2023 • 11:43 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Rasanya anda juga sedia tahu yang mana Sony baru sahaja mengemaskini portfolio kameranya dengan produk baharu. Melaluinya Sony A6700 telah dilancarkan sebagai sebuah kamera nircermin kompak baharu yang lengkap dengan teknologi terkini bagi tujuan keupayaan pengimejan lebih baik.

image is not available

Berkongsi lanjut, sesi pratempah untuk kamera ini telah dibuka sehingga 3 September 2023. Ia ditawarkan dengan harga jualan harga jualan RM7,099 untuk tubuh sahaja, RM7,799 untuk tubuh + SELP1650 Kit Len dan RM9,199 untuk tubuh + SEL18135 Kit Lens. Setiap pratempahan turut didatangkan dengan hadiah percuma bernilai RM712 yang terdiri dengan 64GB SDCard, NP-FZ100 Battery dan LCS-BBK.

image is not available

Untuk spesifikasi, kamera ini dilengkapi sensor 26MP Exmor-R APS-C dengan sistem penstabilan 5 paksi IBIS. Ia dipadankan pula dengan cip pemprosesan imej Bionz XR. Ini digabungkan lagi dengan sistem pemofokusan PDAF sebanyak 759 titik, di samping ciri standard kamera Sony Alpha seperti mod pemfokusan manusia, haiwan, wajah dan mata boleh dipilih.

image is not available

Kemampuan merakam video pula sehingga 4K120FPS, seterusnya kemampuan menangkap gambar pula sehingga 11FPS. Dalam pada itu turut terdapatnya mod Cinetone untuk mod warna sinematik dan fungsi video HDR, mod S-Log3 dan HLG turut boleh dilakukan. Turut disertakan adalah skrin 3-inci sesentuh yang boleh dipusing untuk rakaman swavideo lebih mudah. EVF pula dari jenis OLED dengan 2.36 juta titik.