Songkran Peringkat Kebangsaan bakal gegar Perak! Raikan tradisi masyarakat Siam selama 3 hari

7 Apr 2025 • 1:59 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perayaan penuh warna-warni dan sarat nilai budaya bakal memeriahkan Kampung Tasek, Pengkalan Hulu, Perak apabila Majlis Perayaan Songkran Peringkat Kebangsaan 2025 dianjurkan bermula 11 hingga 13 April ini.

Songkran Peringkat Kebangsaan bakal gegar Perak!

image is not available

Foto: FB Persatuan SIAM Malaysia

Acara yang julung kali diadakan oleh Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dengan kerjasama Persatuan Siam Malaysia ini akan berlangsung di Dewan Songkran, dan bakal disempurnakan oleh menterinya Datuk Aaron Ago Dagang.

Menurut Aaron, perayaan ini adalah peluang terbaik untuk rakyat Malaysia mengenali lebih dekat budaya masyarakat Siam yang kaya dengan adat dan tradisi tersendiri.

Songkran Peringkat Kebangsaan kenali adat resam dan budaya

image is not available

Foto: FB Persatuan SIAM Malaysia

“Sambutan Perayaan Songkran ini merupakan platform penting bagi memperkenalkan adat resam dan budaya masyarakat Siam kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ia juga sejajar dengan matlamat Kerajaan MADANI dalam membudayakan perpaduan dan meraikan kepelbagaian kaum, budaya dan agama di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

image is not available

Foto: FB Persatuan SIAM Malaysia

Aaron menjelaskan, inisiatif sebegini bukan saja menyemarakkan semangat perpaduan, malah turut memperkasa kefahaman antara kaum di Malaysia.

“Perayaan ini dapat mengeratkan hubungan pelbagai etnik di samping memahami dan memperkasa perpaduan masyarakat Malaysia dengan bersama-sama meraikan perayaan dalam suasana harmoni,” jelas beliau lagi.

image is not available

Foto: FB Persatuan SIAM Malaysia

Antara aktiviti menarik yang bakal mencuri perhatian sepanjang tiga hari itu termasuklah perarakan tradisional Songkran, pameran budaya & makanan tradisional, pertunjukan kebudayaan, pertandingan permainan tradisi, aktiviti mandi air dan juga pelbagai aktiviti sosial bersama komuniti.

Orang ramai, khususnya yang berada di sekitar Perak, dijemput hadir memeriahkan sambutan ini. Nak tahu lebih lanjut? Boleh layari laman sosial rasmi KPN untuk info terkini.

Jom raikan perpaduan dan kepelbagaian budaya Malaysia dengan semangat MADANI!