Sonos Tidak Akan Melancarkan Semua Aplikasi Lama

TechnologyDigital
21 Aug 2024 • 10:17 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Aplikasi baharu Sonos ang dilancarkan beberapa bulan lalu dikecam ramai kerana tidak stabil dan bermasalah. Ia memaksa CEO syarikat Patrick Spence mengeluarkan kenyataan meminta maaf. Terkini, aplikasi lama yang sebelum ini sedang dipertimbangkan untuk dikembalikan kini disahkan tidak akan dilancarkan semula.

image is not available

Melalui perbincangan di Reddit, Spence memberitahu aplikasi lama tidak boleh dilancarkan semula. Ini kerana, aplikasi Sonos bukan sahaja aplikasi yang mengawal tetapan pada produk audio mereka tetapi juga adalah sistem operasi yang berjalan pada produk tersebut dan juga pada sistem awanan. Selepas aplikasi baharu dilancarkan, Sonos telah menggunakan platform baharu dan dalam ujian dalaman mereka mendapati aplikasi lama yang dikenali sebagai Sonos S2 tidak lagi stabil seperti dahulu.

Sonos telah berjanji untuk memberi kemas kini bulanan bagi menjadikan aplikasi baharu lengkap dengan ciri dan fungsi seperti aplikasi lama. Sementara waktu, CEO Sonos turut berjanji akan kerap ke Reddit menjawab pelbagai persoalan pengguna bagi memastikan aplikasi mereka sempurna dan orang ramai masih boleh mempercayai Sonos.