Sony sedia terkenal dengan penawaran konsol mereka, PlayStation. PlayStation 5 telah diperkenalkan pada 2020 yang lepas, dan kini telah 6 tahun sejak pelancarannya, membawa kepada pelbagai spekulasi berkaitan pengenalan generasi seterusnya untuk konsol berkenaan. Mengikut sebelum-sebelum ini, PlayStation generasi seterusnya diperkenalkan selepas sekitar 6 ke 7 tahun selepas versi sebelumnya.

Namun untuk PlayStation 6 atau PlayStation generasi seterusnya, ia dijangka mengambil masa lebih lama. Mengikut laporan Bloomberg, Sony menyasarkan untuk memperkenalkan PlayStation seterusnya sekitar 2028 atau 2029 kelak.
Sebab utama untuk penangguhan ini adalah disebabkan kekangan dalam mendapatkan cip memori, selain harga cip memori yang meningkat mendadak disebabkan oleh permintaan untuk pusat data dan penggunaan kecerdasan buatan.
Dalam penawaran peranti elektronik sendiri, pelbagai pihak pertimbang untuk meningkatkan harga produk mereka pada tahun ini disebabkan hal cip memori ini, selain ada yang mengurangkan model keluaran baharu.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berapa lamakah masalah kekurangan cip memori ini akan berlaku di pasaran.



