Sony INZONE Buds, fon putik yang diperakukan professional e-sukan

Digital
11 Oct 2023 • 12:52 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Sony INZONE adalah satu siri aksesori gaming. Setakat hari ini mereka ada beberapa produk audio iaitu headfon seperti Inzone H3, H7, dan H9. Kali ini Sony umumkan sesuatu yang berbeza iaitu sebuah fon putik gaming yang dikenali sebagai INZONE Buds.

image is not available

INZONE Buds adalah fon putik biasa. Yang menjadikannya unik adalah ia dibangunkan hasil input daripada organisasi e-sukan professional, Fnatic, agar ia ngam dengan para gamers di luar sana.

Sela masa adalah sesuatu yang sangat sensitif buat gamer. Oleh sebab itu ia tidak boleh bergantung kepada sambungan Bluetooth semata-mata.

image is not available

Di dalam bekas penyimpan INZONE Buds ada aksesori pemancar USB-C yang apabila digunakan, boleh mengurangkan sela masa kepada bawah 30ms. Ia penting dalam situasi permainan kompetetif kerana bunyi turut boleh menjadi faktor kemenangan. Menggunakan aksesori ini, tempoh khidmat untuk satu bateri penuh INZONE Buds adalah 12 jam lamanya. Sekiranya anda gunakan sambungan Bluetooth LE, tempoh khidmat boleh dipanjangkan kepada 24 jam dengan sekali cas.

image is not available

Lagi ciri yang ditujukan untuk gamer diluar sana adalah audio spatial 360 darjah.

image is not available

INZONE Buds boleh mengukur profil akustik salur telinga anda menggunakan speaker dan mikrofon untuk berikan pengalaman audio yang terbaik untuk sesiapa sahaja.

image is not available

Pemacu audio yang menghasilkan runut-runut bunyi adalah sebesar 8.4mm dan ia turut dilengkapi penyaring hingar aktif supaya anda jadi terasing daripada bunyi persekitaran luar.

Sony INZONE Buds memiliki tanda harga RM899 tapi tarikh mula jualnya masih belum diumumkan. Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.