Sony Melancarkan INZONE Buds Dengan Ketahanan Bateri 12 Jam Dan Berharga RM899

TechnologyDigital
11 Oct 2023 • 11:17 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sony kini mengumumkan set fon telinga baharu dengan tumpuan terhadap gaming iaitu INZONE Buds. Ia dilengkapi pelbagai ciri dan teknologi audio yang mampu menawarkan pengalaman permainan premium dan latensi rendah.

image is not available

Dari aspek rekaan INZONE Buds menampilkan fon jenis dalam telinga ringan yang juga dilengkapi putik silikon. Ini digabungkan lagi dengan kotak simpanan yang disediakan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih. Ia juga serasi digunakan bersama pelbagai peranti termasuk PS5 menerusi dongel sambungan USB-C yang diberikan bersama.

image is not available

Seterusnya sepasang pemandu audio sebesar 8.4mm digunakan dengan pembatalan hingar aktif terbina. Ini memboleh pengguna membatalkan bunyi latar belakang seterusnya memberi tumpuan terhadap permainan dengan lebih baik. Ia juga mempunyai ciri audio 360 darjah untuk pengalaman audio maya daripada kesemua arah.

image is not available

Bateri disertakan pula boleh digunakan sehingga 12 jam dengan dongle nirwayar ultra-rendah latensi khusus. Kemudian pengecasan semula lima minit boleh menawarkan masa penggunaan lebih kurang satu jam. Penggunaan bersama aplikasi HAB INZONE amat disarankan untuk pengalaman lebih baik dan kawalan yang turut boleh disesuaikan.

Sony INZONE Buds boleh didapati di Malaysia dengan harga RM899 seunit.