Sony LinkBuds Clip dilancarkan dengan ia adalah sepasang fon telinga bluetooth yang mempunyai rekaan seakan subang. Ia dipasang pada cuping telinga dan membolehkan audio persekitaran masih didengari oleh pemakai. Beberapa kusyen diberikan oleh Sony untuk memberikan keselesaan.

Ia hadir dengan tiga mod audio iaitu Standard, Voice Boost dan Sound Leakage Reduction. Sementara itu mikrofon pula dilengkapi teknologi konduksi tulang untuk menangkap audio percakapan dengan jelas. Setiap putik audio melepasi piawaian kalis peluh IPX4, ditambat kepada dua peranti serentak dan 10 jalur EQ.

Sepasang putik telinga boleh bertahan selama 9 jam dan sehingga 37 jam menggunakan pod pengecas. Menerusi pengecasan pantas, penggunaan selama 3 jam dapat dinikmati selepas dicas selama 1 minit sahaja. Sony LinkBuds Clip dijual pada harga RM 899 dalam pilihan warna hitam, greige, hijau, dan lavender.


