Sony Mengatakan Mereka Mempunyai Memori Yang Mencukupi Untuk Jualan PlayStation 5 Sepanjang 2026

TechnologyGaming
31 Jul 2026 • 3:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sony Mengatakan Mereka Mempunyai Memori Yang Mencukupi Untuk Jualan PlayStation 5 Sepanjang 2026

Sony baru sahaja membentangkan penyata kewangan mereka baru-baru ini, dan mengumumkan bahawa bahagian gaming syarikat tersebut telah mendapat keuntungan lebih tinggi sepanjang suku kewangan pertama 2026 apabila dibandingkan dengan suku pertama tahun kewangan 2025.

Menjawab kerisauan pelaburan tentang isu komponen RAM yang sedang membelenggu semua sektor industri di seluruh dunia, pihak Sony turut mengesahkan bahawa mereka telah mendapat bekalan komponen memori yang mencukupi untuk menjual konsol Sony PlayStation 5 yang mencukupi untuk sepanjang tahun ini tanpa isu, walaupun permainan konsol Grand Theft Auto V akan dilancarkan tidak lama lagi.

Image from: Sony Mengatakan Mereka Mempunyai Memori Yang Mencukupi Untuk Jualan PlayStation 5 Sepanjang 2026

Laporan tersebut turut mengatakan bahawa jumlah langganan aktif PlayStation Plus telah meningkat kepada 125 juta pengguna secara global pada bulan Jun 2026, dan merupakan peningkatan sebanyak 2 peratus apabila dibandingkan dengan bulan yang sama pada tahun lepas.

Image from: Sony Mengatakan Mereka Mempunyai Memori Yang Mencukupi Untuk Jualan PlayStation 5 Sepanjang 2026

Dengan ini, Sony nampaknya tidak begitu risau tentang apa yang sedang berlaku dalam masa yang terdekat ini, walaupun dengan pengumuman mereka baru-baru ini mengatakan bahawa mereka akan menghentikan jualan permainan dalam format fizikal pada awal 2028 kelak.

Sumber: Sony

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved