Sony mengumumkan laporan kewangan mereka dan mengesahkan konsol PlayStation 5 telah terjual sebanyak 95.3 juta unit. Sebanyak 1.39 juta lagi PS5 telah dijual pada Q1 tahun fiskal 2026 dengan ini adalah lebih rendah berbanding 1.56 juta PS5 terjual dalam suku sama tahun lalu. Jualan semakin perlahan kerana konsol kini hampir memasuki tahun ke-6 dilancarkan serta harga dinaikkan di seluruh dunia pada suku lalu disebabkan krisis RAM.

PS5 kini berada di kedudukan ke-8 konsol dengan jualan tertinggi di dunia dan masih disasarkan dijual lebih 100 juta unit sepanjang hayat. Walaupun jualan semakin perlahan, penangguhan PlayStation 6 kerana krisis RAM dan storan dijangka mampu meningkatkan jualan PS5 yang sudah hampir berusia 6 tahun. Ia masih di belakang Nintendo Wii (101.63 juta) dan PlayStation asal (102.49 juta).
Sony turut mengumumkan kepada pelabur mereka mempunyai inventori RAM yang mencukupi bagi memenuhi keperluan pengeluaran konsol untuk musim percutian 2026 dan sehingga awal 2027. Kos RAM sudah mencanak lebih empat kali sejak Oktober tahun lalu sehingga menyumbang kepada kerugian yang ditanggung oleh perniagaan Xbox di Microsoft.






