Sony Menghasilkan Logo Khas Sempena Hari Malaysia

Gaming
16 Sep 2025 • 2:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sony Malaysia telah menghasilkan logo ikonik khas segitiga, bulat, pangkah dan kotak edisi Hari Malaysia hari ini. Ia menggunakan tema makanan yang melambangkan identiti kebangsaan seperti nasi lemak, ketupak kuih loyang, sate, kuih lapis dan banyak lagi.

image is not available

Ia juga dihasilkan sempena ulang tahun ke-5 PlayStation Studios bertapak di Malaysia bulan depan. PlayStation Studios Malaysia terlibat dalam pembangunan terkemuka seperti The Last of Us Remastered, Marvel’s Spider-Man, and MLB The Show. Sebelum menghasilkan logo di atas, PlayStation Studios Malaysia juga telah menghasilkan patung wayang kulit bertemakan The Last of US, Astrobot dan God of War.

image is not available