Sony Menjelaskan Isu DRM 30 Hari Pada Permainan PlayStation

TechnologyGaming
30 Apr 2026 • 4:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Minggu ini heboh apabila tangkapan layar menunjukkan permainan digital yang dibeli untuk PlayStation mempunyai hayat pelesenan 30 hari. Ada yang mendakwa sistem pengurusan lesen digital (DRM) akan melakukan pemeriksaan setiap masa yang bermakna sambungan internet sepanjang masa diperlukan sebelum permainan boleh dijalankan pada konsol.

Image from: Sony Menjelaskan Isu DRM 30 Hari Pada Permainan PlayStation

Menurut laporan pada Gamespot hari ini, pemilik PlayStation tidak perlu panik kerana realitinya berbeza daripada yang dirisaukan. Wakil Sony mengatakan sistem DRM akan memeriksa lesen digital dalam masa 30 hari. Untuk 14 hari pertama, pemilikan belum dipindahkan kepada pembeli kerana ia masih dalam tempoh permainan boleh dipulangkan semula.

Pada hari ke 15 hingga 30, lesen digital perlu disahkan sekali sahaja untuk pemindahan lesen kepada pengguna selama-lamanya. Proses ini tidak akan diulangi selepas pengesahan dilakukan.

Pengesahan perlu dilakukan kerana pada PS5 yang telah di-jailbreak, sistem boleh ditipu untuk memindahkan hak milik permainan walaupun selepas permainan dipulangkan semula pasca pembelian. Sistem baharu ini diharap akan menyelesaikan isu penipuan dan eksploitasi oleh insan yang tidak jujur.

View Original Article