Sony mengumumkan laporan kewangan Q4 tahun fiskal 2024 dengan pendapatan syarikat susut 24% berbanding suku sama tahun lalu. Konsol PlayStation 5 misalnya terjual sebanyak 18.4 juta unit pada suku ini dengan ia turun daripada 20.8 juta unit pada suku sama tahun lalu yang bersamaan pengurangan 11%. Setakat ini PS5 sudah terjual sebanyak 77.7 juta unit sejak dilancarkan pada tahun 2020.

Untuk tahun fiskal 2025 yang bermula April, Sony menjangkakan peningkatan kos operasi sebanyak 100 bilion Yen (~RM 2.94 bilion) disebabkan oleh Tarif Trump. Oleh itu Sony sedang mempertimbangkan menaikkan harga jualan produk mereka bagi mengurangkan impak tarif ke atas syarikat. Dengan kata lain PS5 mungkin akan dinaikkan dalam masa terdekat. Harganya sudahpun dinaikkan di Eropah, UK, New Zealand dan Australia sejak bulan lalu.
Syarikat gergasi Jepun ini mengeluarkan kebanyakan peralatan elektronik mereka di China. Walaupun China dan Amerika Syarikat bersetuju mengurangkan tarif sebanyak 115% pada Isnin, ini hanya adalah untuk tempoh 90%. Amerika Syarikat juga masih akan mengenakan tarif 30% ke atas semua produk dari China.




