Sony PlayStation 5 Telah Terjual Lebih 93 Juta Unit

TechnologyGaming
8 May 2026 • 2:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sony mengumumkan laporan kewangan mereka untuk Q4 tahun fiskal 2025 pagi ini dan mengesahkan konsol PlayStation 5 telah terjual sebanyak 93.7 juta unit. Sebanyak 1.5 juta lagi PS5 telah dijual pada Q4 2025 dengan ini sebenarnya pengurangan 46% jualan berbanding suku sama tahun fiskal 2024.

Image from: Sony PlayStation 5 Telah Terjual Lebih 93 Juta Unit

PS5 kini berada di kedudukan ke-8 konsol dengan jualan tertinggi di dunia dan masih disasarkan dijual lebih 100 juta unit sepanjang hayat. Walaupun jualan semakin perlahan, penangguhan PlayStation 6 kerana krisis RAM dan storan dijangka mampu meningkatkan jualan PS5 yang sudah hampir berusia 6 tahun. Ia masih di belakang Nintendo Wii (101.63 juta) dan PlayStation asal (102.49 juta).

Jualan PS5 berkurangan disebabkan ia tidak menerima potongan harga mendadak seperti PS4 selepas lima tahun dijual. Sebaliknya harga jualan konsol sudah dinaikkan dua kali dengan di Malaysia harga baharu lebih mahal baru sahaja diumumkan beberapa minggu yang lalu dengan ia berkuatkuasa sejak 1 Mei.