Soon Huat-Shevon Mara Ke Separuh Akhir Kejohanan Badminton Asia 

28 Apr 2023 • 8:35 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Soon Huat-Shevon Lai menempah tiket ke separuh akhir Kejohanan Badminton Asia 2023. - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR - Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie menempah tiket ke separuh akhir Kejohanan Badminton Asia 2023 selepas menewaskan Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari dari Indonesia di Dewan Tertutup Sheikh Rashid Hamdan di Kelab Al Nasr, Dubai.

Pasangan nombor lapan dunia itu memenangi perlawanan berkenaan dengan keputusan 21-17, 15-21, 21-19 dalam masa 55 minit.

Ia adalah kemenangan keempat buat Soon Huat-Shevon ke atas pilihan ke-14 dari Indonesia itu dalam lima pertemuan.

Kali terakhir kedua-dua pasangan tersebut bertemu adalah pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Dunia  2022, yang dimenangi oleh Rivaldy-Mentari. 

Pada aksi suku akhir semalam, Soon Huat-Shevon bangkit selepas ketinggalan di belakang pemain China, Chen Xing-Cheng Fang Hui dengan melakar keputusan 12-21, 22-20, 21-15 dalam pertarungan selama 56 minit. 

Mereka kini akan menentang sama ada pasangan pilihan utama China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong atau Praveen Jordan-Melati Daeva Oktaviani dari Indonesia dalam aksi separuh akhir esok.

Sementara itu, pasangan beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi akan menentang pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto lewat hari ini untuk penentuan tempat ke separuh akhir esok. – The Vibes, 28 April 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved